Saturday 2 January 2016

Leatherman Wave

Leatherman Wave (Leatherman paling popular).




Leatherman Wave merupakan multi-tools Leatherman yang paling popular.

Jika dilihat pada paras rupa, ia seperti adik beradik kepada Leatherman Surge.

Dan jika dilihat dari segi tools nya, ia seperti Leatherman Charge Tti.

Jadi, apa yang membuatkan Leatherman Wave ini sangat popular?

Saya akan kongsi pengalaman yang saya pernah lalui bersama Leatherman Wave.


Leatherman Wave mempunyai tools yang lengkap sebagai multi-tools.
Saiz & beratnya yang sederhana, mudah untuk dibawa setiap hari.
Tambah pula harganya yang agak munasabah berbanding Leatherman Charge, ini yang membuatkan Wave paling popular & diminati.
(Tapi di negara kita terasa mahal kerana matawang kita yang rendah berbanding USA. Dan ini adalah produk dari USA).




Leatherman Wave tools;



  1. Needlenose Pliers.
  2. Regular Pliers.
  3. Hard-wire Cutters.
  4. Wire Cutters.
  5. Wire Stripper.
  6. 420HC Knife.
  7. 420HC Serrated Knife.
  8. Saw.
  9. Spring-action Scissors.
  10. Ruller (8 in | 19 cm).
  11. Can Opener.
  12. Bottle Opener.
  13. Wood/Metal File.
  14. Diamond Coated File.
  15. Large Bit Driver.
  16. Small Bit Driver.
  17. Medium Screwdriver.

Closed lenght : 4 in | 10 cm
Weight : 8.5 oz | 241 g
Primary Blade Lenght : 2.9 in | 7.37 cm


1) Needlenose Pliers.

- dalam istilah melayunya, playar muncung tirus.

2) Regular Pliers.

- part ni memang aku suka,
- saya kalau nak beli playar muncung tirus, saya akan cari yang ada Regular Pliers ni.
- mudah untuk nak grip sesuatu benda seperti nut.

3) Hard-wire Cutters.

- untuk memotong wayar yang keras.
- saya pernah potong pagar, memang mudah & saya sukakannya.
- paku pun boleh potong.

4) Wire Cutters.

- untuk potong wayar2 bersaiz kecil.


5) Wire Stripper.

- untuk memotong kulit wayar.
- tetapi saya jarang guna.
- saya lebih gemar menggunakan tools no.4 untuk potong kulit wayar.

6) 420HC Knife.

-  merupakan bilah pisau yang utama (main blade).
- one-hand operable. Apa tu? Maksudnya pisau boleh dibuka dengan 1 tangan je. Dan ini part yang saya paling suka.
- 420HC tu merujuk kepada material yang dia gunakan.
- Leatherman banyak menggunakan material Stainless Steel 420HC pada pisau2nya.
- 420HC (High Carbon) iaitu mengadungi kandungan karbon yang tinggi.

One-handed operable knife.

7) 420HC Serrated Knife.

- biasanya digunakan untuk memotong tali, paracord, seat-belt & lain2.
- saya pernah try, kalau potong kek pun lebih mudah.
- juga ada one-handed operable.
- sama material macam main blade tadi.

8) Saw.

- Iaitu gergaji kayu.
- setakat ni pernah gergaji kayu, buluh & plastik.
- bahagian belakang gergaji ni saya gunakan untuk fire starter.
klik sini untuk tengok demo.

Fire starter dengan belakang mata gergaji & ferro rod.

9) Spring-action Scissors.

- gunting berspring.
- nak potong kuku & misai pun boleh, hehe.

10) Ruller.

- mempunyai 2 jenis unit ukuran iaitu inci & cm.
- pernah berjasa, ketika saya benar2 perlukan pembaris, tapi pembaris plak takde.

11) Can Opener.

- untuk buka makanan dalam tin.
- kalau beli makan dalam tin yang takde pembuka tu, murah sikit harganya.

12) Bottle Opener.

- zaman sekarang di Malaysia, penggunaannya mungkin kurang popular, sebab dah tak banyak minuman botol kaca.
- tapi ia tetap berguna, seperti botol kicap & cencaluk.
- tapi ada sesetengah negara yang banyak menggunakannya dalam kehidupan seharian.

13) Wood/Metal File.

- kikir.

14) Diamond-coated File.

- untuk kikir besi.
- juga boleh asah pisau.

15) Large Bit Driver.

- ada 2 mata iaitu (+) & (-).
- Leatherman ada jual spare part bit ni.
- juga ada pelbagai mata lain seperti allen key & lain2.

16) Small Bit Driver.

- ada 2 mata iaitu (+) & (-).
- sesuai untuk screw driver cermin mata.
- dalam survival situation, boleh dijadikan sebagai jarum kompas.

Leatherman Bit Driver

17) Medium Screwdriver.
- untuk skru bersaiz besar.



Kesimpulan;

Bagi saya, setiap multi-tools Leatherman mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri.

Dan jika saya diberi peluang untuk mendesign sendiri Leatherman idaman, pasti ia akan menjadi multi-tools yang PERFECT untuk saya.

Misalnya saya suka gergaji pada model Surge, yang boleh ditukar ganti.
Tapi Surge terlalu besar & berat bagi saya.

Saya suka playar Leatherman Rebar, tapi tak suka design pisaunya yang takde 'one-handed operable'.

Macam tu lah contohnya.

Tapi, semua tu adalah mustahil.
Jadi, jika kena pilih satu je, saya secara personal memilih Leatherman Wave sebagai EDC saya.

(Leatherman Wave saya dah jual, nak beli Charge Tti punya pasal. Insyaallah ada rezeki, teringin nak beli semula.)  (",)

Leatherman Wave vs Surge

Leatherman Surge

 Leatherman Charge Tti

 Leatherman Rebar

 Leatherman Wave (Black Oxide)

 Leatherman Wave (limited edition)



No comments:

Post a Comment